Kita masih membincangkan topik starter yang diperbuat dari tepung beras Jati dan tepung beras lain yang dianggap premium.
Dalam artikel perbezaan beras, saya ada terangkan ciri-ciri beras mengikut kelebihan masing-masing. Kalini saya nak kongsikan perbezaan starter pula.
Ini perbezaan secara ringkas antara Starter GFSD JATI vs Starter GFSD Premium
Kita Buat GFSD starter sebab:
- ✅Alternatif elak gluten
- ✅nak manfaat yis liar dan bakteria baik
- ✅Sebagai agen pengembang
- ✅Prebiotic
- ✅Bagus untuk pencernaan
Tepung refined jati vs tepung premium
GFSD Jati
- ✅Ada prebiotic tapi tak sebanyak tepung premium
- ✅Low cost
- ✅No brans and germ
- ✅Hasil resepi naik cantik gebu
- ✅Bau harum
GFSD Premium
- ✅Lebih banyak prebiotic
- ✅High cost
- ✅Ada brans dan germ
- ✅Hasil resepi bergantung jenis tepung premium. Lain tepung lain rasa dan hasilnya
- ✅Bau berbeza²
Disebabkan itu, saya sarankan anda buat 2 jenis starter GFSD iaitu starter JATI & Starter PREMIUM pilihan anda.Keduanya ada kelebihan dan kekurangan. Tapi ianya bukanlah benda sia-sia.
Dan kenapa saya sarankan 2 ?
Kos sangat tinggi tiap kali nak buat sesuatu resepi contoh kek, roti. Guna tepung banyak. Belum lagi kos bahan lain yang premium juga.
Kos tepung premium 500g RM 8 - 20+ kebiasaannya. Kos tepung jati 1kg RM4, 2 ke 5 Kali ganda nilai bezanya.
Jika ada rezeki lebih, go for GFSD premium. Dan pastikan anda dah biasa buat resepi supaya tak berlaku pembaziran kos.
Jika rasa nak cuba buat experimen, nak cuba merasa GFSD yang low cost tapi tetap power, go for GFSD JATI.
Jika betul2 nak kan nutrisi yang bagus untuk badan, GO FOR REAL FOOD. Itu cara sebenar untuk pemakanan yang bagus.
Nak cerita tentang apa jenis bakteria, culture, strain segala yang ada dalam setiap jenis starter, perlu buat microbial analysis. Dan ianya bukanlah bidang kita.
Jadi, kita tak boleh semudahnya bercakap atau judge sesuatu produk sebab kita sendiri bukanlah orang yang buat kajian secara mendalam tentang inti pada GFSD Starters melainkan hanya sebagai pembuat resepi sahaja.
Tapi sebagai pembuat resepi kita tahu nak sesuaikan kos, mix match resepi untuk dapatkan nutrisi, dan tahu GFSD PRemium mana yang terbaik untuk kita guna.
Lain orang lain taste bud mereka. Hehe
#tipsgfsd
Tags:
GFSD