Sedikit perkongsian tentang mereka yang ada masalah anxiety, gerd, ekzema, psoriasis. Makan makanan anti inflamasi dan kaya anti oksidan. Cari real food, makan minyak sihat.
{getToc} $title={Topik yang dibincang}
Tahukah kalian, manfaat sourdough?
Selain fungsinya merendahkan glisemik indeks pada makanan, ia juga bantu boost kuantiti vitamin dan minerals( anti oksidan) (rujuk rajah pmd yang saya pernah beri).
Bagi saya, jika ada diabetis, boleh saja makan makanan sourdough (mungkin statement ni ramai tak boleh terima sebab cara pemakanan saya berbeza) - tapi perlu pantau dan pilih bahan tambahan lain seperti coklat, gula, etc.
Mengkaji kaitan GI dan Sourdough
Saya cuba mengkaji glisemik indeks dan kaitannya dengan sourdough. Dulu tak berani utarakan pendapat, was2. Lepas masuk class doc baru saya rasa ok dan lebih yakin. Bila kita dah beralih ke sourdough, tak perlu lagi kita guna yis komersial. Sebab dalam fermentasi sourdough tu ada yis liar yang lebih bermanfaat.
Fermentasi
Fermentasi yang lama pun bagus juga. Cuma saya mak2 yang kejar masa, dapat ferment beberapa jam sahaja untuk buat roti pun dah ok . Saya akan hack and shortcut time guna starter laju. Jika mahu extra flavor & benefit, panjangkan tempoh fermentasi doh masing².
Rasa masam itu bagus cuma saya tak boleh telan jika roti terlalu masam. Kalian boleh adjust kemasaman ikut lidah masing². Saya masih lagi memahami tentang sourdough dan bacaan saya belum lagi selesai. Rujukan saya banyak dari research yg pmd keluarkan dan juga class dengan doc norman.
Dan pembelajaran ilmu nutrisi pemakanan akan sentiasa berterusan. InshaAllah
Tags:
Tips dan Trick