Kenapa tak digalakkan buat starter dari tepung starch?

{getToc} $title={Topik yang dibincang}


Ni daripada yang saya baca. Dan masih lagi cuba memahami . Jika pemahaman ni silap, sila betulkan saya. 🙂

Tiada fiber

Daripada pemerhatian dan pemahaman saya. Tepung starch tiada fibre di dalamnya. Untuk ternak starter, kita perlukan fibre (prebiotic) Sebagai makanan kepada probiotics sewaktu proses fermentasi dibuat.

Dalam starter ada:

Probiotic = good bacteria lactobacillus & wild yeast {alertSuccess}

Dalam tepung ada

Prebiotic (fibre) = makanan kepada probiotik {alertSuccess}

Jika guna starch flour (fibre takda) macamana kita nak kuatkan dan biakkan starter?

Rendahkan Glisemik Indeks

Bila ternak starter, kita kuatkan probiotik dan guna untuk proses buat produk GFSD seperti roti, kek, biskut (ada agen pengembang iaitu wild yeast dalam starter). Cuma bila dah masuk ke proses masak, probiotik sebahagian besar musnah. Masih tinggal prebiotik

Dan prebiotik ni yang jadi makanan kepada probiotik dalam perut kita. Sourdough banyak manfaatnya antaranya melibatkan Glisemik Indeks pada makanan. Prebiotik kita boleh dapat dari makanan lain juga.

Jadi kenapa susah payah nak buat sourdough?

Sila lihat rajah PMD di bawah.



Perhati point sourdough reduce risk of developing type 2 diabetes. Ia ada kaitan dengan proses pemecahan structure carbs pada tepung. Proses fermentasi sourdough dapat merendahkan GI pada makanan.

Yis paket hanya sekadar pengembang

Berbanding roti biasa yang guna yis peket komersial, ianya takda proses macamni. dia cuma kembangkan roti je. Roti sourdough bukan sekadar yis liar. dia ada mikrob lain dalam tu.

Konklusinya, daripada makan roti biasa. Baik kita makan roti sourdough. Proses yang berlaku di dalamnya beri banyak manfaat pada kita.

Nota: tepung beras jati masih ada fibre tapi bergantung jenis brand. Ada brand, fibre dia dah kurang sangat. Jadi, progress starter kurang memberangsangkan.

Dalam group ni saranan saya jika mahu guna tepung beras, cari brand jati atau cap kampung saja atau jika nak lagi power, grind sendiri beras jadikan tepung.

Saya bukanlah pakar bab ni..tapi saya cuba untuk memahami prosesnya dalam bahasa yang saya mudah faham 😉

asmrdhia

ASMR Dhia is a trailblazer in Malaysia's Gluten Free Sourdough scene. Active in key groups, she has shared 4000+ healthy food tips on Telegram, transforming gluten-free cooking and elevating Malaysia's culinary standards. facebook (GFSD) telegram

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama