Cerita pasal low GI dan low carbs

Tepung Gluten Free tertentu boleh mimic rupa dan rasa seperti dan lebih sedap berbanding roti/biskut/kek gandum. Sebab tu saya dapat buat roti GF yang sangat lembut macam span dan boleh carik macam shokupan/kapas (masih belum ada masa finalize resipi).

Dan perlu diingatkan Tepung GF kebanyakannya kategori high Gi High Carbs terutamanya Starch
Makan berpada², berhenti sebelum kenyang, makan sebelum lapar.

Nak nutrisi bukan pada makanan bertepung, tapi pada real food. 

Makan makanan jenis karbohidrat kompleks, protein, serat, fibre, healthy fat, konsep low carbs high fat sangat membantu penurunan berat dan pembakaran lemak.

Makanan bertepung makanan sekali sekala takda masalah, bagi saya lah..

Dalam group Resepi Gluten Free ASMRDHIA ada banyak resepi keto, tinggal cari saja 😉

Jika betul² mahu beli produk yang low Gi Low carbs, go for gluten free flour yang juga keto flour seperti almond, coconut, lupin.

Contoh seperti kek keto di bawah ni. Harum bau orennya. Sedap 🥰 Saya beli dengan puan Noorul Izzah Marzuki  dari group Jom MOJO.

Saya suka Support rakan² yang educate masyarakat dengan cara mereka tersendiri 🧑‍🍳👏



asmrdhia

ASMR Dhia is a trailblazer in Malaysia's Gluten Free Sourdough scene. Active in key groups, she has shared 4000+ healthy food tips on Telegram, transforming gluten-free cooking and elevating Malaysia's culinary standards. facebook (GFSD) telegram

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama