Keunikan STARTER JATI dalam dunia Gluten-Free Sourdough: Pengenalan kepada asas pembuatan roti yang berkualiti

STARTER JATI adalah starter asas untuk anda faham rentak gluten free sourdough.
Sebab ia tepung murah berbanding tepung lain.

Jika kita baru first time cuba, buatlah yang rendah kosnya dahulu. Saya tahu ramai ahli yang tiada kemampuan lagi untuk cuba tepung mahal.

Bila cuba terus yang mahal lepastu tak jadi sebab tidak faham lagi yang asas, kesian pada ahli yang baru nak berjinak dengan ilmu Gluten Free Sourdough (GFSD). Nanti terbazir begitu saja.

Tujuan blog ini untuk anda nampak macamana sebenarnya cara buat starter. Bila dah faham, anda boleh proceed ke premium starter.

Saya dah berulangkali bagi saranan di group ini bukan?

Dan tahukah anda guna starter jati hasil resepi sangat sedap dan lembut? Saya dah keluarkan resepi GFSD jati yang sangat sedap untuk anda cuba.

Kuncinya anda perlu pandai buat dan cuba pelbagai resepi.Yang tak berjaya buat, anda perlu rajin bertanya pada bakers² di sini. Mereka hebat² bukan biasa².

Tapi so far, ahli group saya hasil mereka luarbiasa dan kebanyakan rasa happy dapat buat resepi yang sedap setanding gandum. Alhamdulillah.

Roti artisan basic yang saya buat hasilnya lembut. Tak bantat, tak berderai, tak keras, tak kejung pun. Walaupun scoring buruk, tapi dalamnya sedapp 🤤


Saya buat video sebagai bukti lagi.

Sangat² powerfull.

I talk from my own experience.

Kuncinya pada flour mix, pada ratio tepung dan teknik pembuatan roti juga. Untuk ahli yang dah cuba jati, cuba dulu yang asas ni.

Baru anda tahu penangan yang asas pun power. Hehe

Jangan pandang rendah pada sesuatu ilmu.

Ianya ilmu Allah yang sangat bermanfaat untuk kita kaji dan cuba

asmrdhia

ASMR Dhia is a trailblazer in Malaysia's Gluten Free Sourdough scene. Active in key groups, she has shared 4000+ healthy food tips on Telegram, transforming gluten-free cooking and elevating Malaysia's culinary standards. facebook (GFSD) telegram

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama