GFSD hari 12 ke hari 14

Secara asasnya hari ke 5 sehingga hari ke 14 aktivitnya sama. Just feed dan discard. Tujuan proses dan aktiviti ini adalah untuk kita tengok kematangan starter GFSD yang dibela/diternak.

Hari ke 11 dah boleh guna Discard untuk buat cucur nasi, biskut subway dan crackers GFSD.

Untuk hari ke 12 dan ke 14, teruskan proses feed dan discard seperti biasa. Masuk hari ke 14 biasanya starter akan matang, dan starter ini boleh disimpan di peti sejuk untuk kegunaan akan datang.

Tak perlu lagi discard dan feed pada hari ke 14. Starter anda telah matang pada hari ini (hari ke 14).

Tahniah, anda telah berjaya mengharungi proses menghasilkan starter GFSD selama 14 hari. 14 hari adalah hari yang paling common untuk sesebuah starter GFSD itu matang.

Kalau ikutkan, starter sudahpun matang pada hari ke 10. Anda akan dapat tahu tekstur starter yang matang bila anda sudah biasa atau sudah bermula untuk menghasilkan starter GFSD ini.

Tahniah.



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama