Post ini akan menjawab persoalan apa itu GFSD. GFSD merupakan singkatan untuk Gluten Free Sourdough. Saya mula tahu maksud GFSD sejak asmrdhia mula membuat awareness dalam Group facebook Gluten Free Sourdough Recipe - GFSD.
{getToc} $title={Topik yang dibincang}
Gluten Free Sourdough dan Sourdough, mana lebih baik? |
Gluten Free Sourdough atau singkatannya GFSD merupakan agen pengembang dalam makanan. Ia menggantikan fungsi yis yang kebiasaannya digunakan dalam makanan, terutamanya yang berasaskan tepung. Bahan yang menggantikan yis ini dipanggil Starter GFSD.
Beza Starter GFSD dan YIS
Jadi apa beza Starter dan Yis ni?
Manfaat GFSD
Dari jadual yang dinyatakan diatas, Starter GFSD lebih banyak memberi manfaat kepada kesihatan. Tetapi Starter GFSD bukanlah rival utama kepada yis. Sebenarnya Starter GFSD adalah sebagai pilihan yang lebih baik untuk Starter Sourdough Gluten.Dalam dunia bakery, versi Sourdough Gluten adalah pilihan terbaik untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan usus. Namun ia masih mengandungi gluten.
Sourdough vs Gluten Free Sourdough
Yep, roti sourdough memang ada gluten.
Gluten merupakan sejenis protein dalam gandum, tapi dalam roti sourdough tradisional, diorang campur tepung, air, kadang-kadang garam, pastu biarkan ia fermentasi/diperam dengan ragi liar dan bakteria.
Proses fermentasi tu boleh sikit-sikit pecahkan gluten, tapi tak hilang sepenuhnya lah. So, roti sourdough yang guna tepung gandum tetap ada gluten.
Tapi tau tak, ada orang yang tak boleh telan gluten dengan senang, tapi diaorang mungkin boleh try roti sourdough sebab proses fermentasi tu buat gluten jadi lebih senang dicerna.
Tapi, kalau ada orang yang celiac disease, better diorang elakkan gluten secara total, termasuk roti sourdough dari tepung gandum. Maka di sinilah munculnya versi terpaling baik, iaitu Gluten Free Sourdough (GFSD).
GFSD Bukan sekadar roti
Roti Sourdough diperbuat menggunakan starter yang mengandungi gandum. Manakala Roti Gluten Free Sourdough (GFSD) diperbuat menggunakan starter yang bebas gluten.
Nampak macam simple je kan. Sebab bila sebut gluten free maka ramai yang terfikir roti.
Tapi tau tak, dalam Group FB Gluten Free Sourdough Recipe - GFSD banyak dikongsikan resepi selain dari roti.
Ada resepi;
- kek pisang
- kek coklat
- kek carrot
- cucur nasi
- biskut subway
- crackers
- telur dadar
- dan lain lain yang semunya versi GFSD.
Sekiranya anda serius, boleh mula untuk hasilkan sendiri starter GFSD dan gunakan starter GFSD dalam masakan dan baking anda.