Experiment ini untuk rujukan ahli di group Gluten Free Sourdough Recipe - GFSD Malaysia.
Saya ujikaji penutup berbeza;
- Plastic wrap tanpa lubang udara
- Plastic wrap tebuk 1 lubang
- Tutup guna tisu dapur
Jika tanpa pengaliran udara, aktiviti pada starter sedikit lambat.
Jika ada ruang untuk udara, aktiviti starter lebih pantas.
Jadi jika kita lewat guna atau lewat beri makan, mold akan terbentuk.
Jika tiada masa untuk perhati starter, guna plastic wrap tanpa lubang. Saya lebih suka cara ini sebab dapat memberi saya lebih masa uruskan hal sendiri. Wap akan terbentuk pada plastik
Jika mahu guna cepat, tutuplah guna tisu atau tebuk lubang. Tapi pastikan pantau sebab aktiviti starter lebih cepat.
Jika dah sampai atasnya gebu, kena guna secepatnya. Jika lewat, mold suka naik atas tu.