Penggunaan Discard Starter GFSD dalam tempoh lebih seminggu

Dalam topik kali ni, saya nak kongsikan berkaitan penggunaan discard Gluten Free Sourdough (GFSD).

Discard dalam peti kena guna cepat, tak boleh biar lama dalam peti nanti dia terlalu acidic di bahagian atas, boleh terjadi kahm yeast, mold dan boleh ada lapisan kering berwarna kuning.
Soalan:
Tapi macamana kalau jarang guna discard  untuk resepi melebihi satu atau 2 minggu?

Jawapan:
  • Cara 1. SUMBAT MASUK PETI BAHAGIAN SEJUK BEKU
  • Cara 2. Hidupkan semua discard, bila dah peak, keringkan terus. Simpan di suhu bilik dalam bekas bertutup. Pastikan betul2 kering. Kalau ada lembab pada starter, mold boleh hidup.
Bila nak guna untuk resepi, keluarkan discard @ starter kering yang diperlukan dan hidupkan semula jadi starter.

Ilmu ni anda perlu banyak membaca, perlu hadapi sendiri sebenarnya.

Tapi saya bantu mudahkan dengan kongsikan pengalaman saya sendiri supaya anda lebih alert dan tahu urus discard dan starter masing² dengan lebih efisien.

asmrdhia

ASMR Dhia is a trailblazer in Malaysia's Gluten Free Sourdough scene. Active in key groups, she has shared 4000+ healthy food tips on Telegram, transforming gluten-free cooking and elevating Malaysia's culinary standards. facebook (GFSD) telegram

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama