Trick untuk Tweak GFSD Gluten Free Sourdough. Saya tunjuk sedikit cara saya tweak ratio resepi
Untuk tukar kuantiti Yis peket segera kepada kuantiti starter GFSD.
8g Yis = 100g Starter GFSD (ACTIVE double rise). {alertSuccess}
Tapi perlu diingatkan bila dah tukar yis kepada Starter, hydration pada resepi akan berubah banyak. Maka anda perlu lihat hydration keseluruhan resepi yang melibatkan bahan cecair (jika dah biasa bermain dengan doh, anda tahu doh macamana yang perfect untuk resepi).
Ilmu mahal yang Allah ilhamkan, saya beri hint pada kalian.
Dan ilmu ni banyak dikongsikan di luar negara. Google je pasti jumpa. Saya pernah juga bincangkan tentang ini dengan Kak Ummu Muhammad di awal baru cuba mengenali bidang GFSD.
Dalam group GFSD, Kak Azalin dan Kak Ummu antara bakers yang power resepi mereka. Rugi kalau kalian tak manfaatkan ilmu mereka. Ahli² group ni pun hebat juga. Berjaya buat dan tweak pelbagai resepi GFSD. Semua international level. InshaAllah.
Hint dan kata kunci yang saya catat sini, catitlah dalam nota masing², kembangkan lagi skill dan pengetahuan anda.
Saya tak suka simpan Ilmu sendiri. Saya akan beri samada bentuk hint ataupun nota di blog ini ataupun saya sendiri tolong kirakan ratio resepi untuk anda (Ahli group) dan juga ahli Masterclass GFSD
Moga Allah bukakan lebih lagi ilmu dan ilham pada saya.
Semakin banyak kita memberi, semakin banyak dan semakin mudah Allah bukakan jalan.
Nota : Roti kapas ilham yang Allah beri datang laju dalam kepala secara tiba² dan santai. Moga anda pun sentiasa memberi manfaat kepada ramai orang di luar sana. {alertWarning}