Bagaimana rupa kahm yeast?




Ini adalah experimen saya bila biarkan starter dalam tempoh yang lama selepas starter meninggi

Kahm yeast akan terbentuk atas starter. 

Kahm yeast terbentuk bila kita biarkan starter terlampau lama di luar tanpa diberi makan.

Tekstur di atas:

  • 👉berdebu
  • 👉bergelombang halus/wrinkled/berkedut
  • 👉Bau menyengat seperti jeruk

Kahm yeast tak merbahaya. Skrap sahaja kahm yeast di atas permukaan dan buang. Starter masih boleh guna cuma akan beri kesan pada rasa dan bau masakan.

Jika ada kahm yeast, mold boleh juga terbentuk atas kahm yeast. Jika ada MOLD, BUANG STARTER ANDA‼️

Ikut tips saya, selepas beri starter makan, dah naik peak, boleh guna untuk resepi. Bila starter menurun ianya signal ready to feed again/sedia diberi makan semula.

zoom gambar akan nampak wrinkled.

{getToc} $title={Topik yang dibincang}


Kahm yeast boleh terbentuk sekalipun anda simpan starter/discard dalam peti ais. Jadi apa yang anda perlu buat?

Pastikan buat maintenance pada starter 1@2 kali seminggu jika anda tak aktif buat sebarang resepi.

Maintenance starter lihat sini 👇


Apa itu kahm yeast lihat sini 👇

Cara pengendalian starter

Boleh nak guna tools besi tapi pastikan ianya:
  • ✅Stainless steel
  • ✅Basuh bersih dan kering
  • ✅Steril dahulu
  • ✅Bebas dari karat & kotoran
Saya pernah tak sengaja guna sudu besi gaul starter dulu²
Alhamdulillah semuanya ok. 

Tips ini saya beri lewat sebab mahu ahli di sini belajar biasakan guna tools kayu/silikon dahulu
Tapi untuk safety better elak je sudu besi sebab bagi saya susah nak kaut² tepi botol tu. Hehe

Penerangan Kahm Yeast

Kahm yis ni jenis yis permukaan yang suka muncul semasa proses fermentasi, especially kalau kita buat sendiri atau fermentasi semulajadi la. Biasanya dia keluar macam lapisan nipis putih kat permukaan makanan yang difementasikan, contohnya dalam kombucha, sauerkraut, jeruk, dan produk lain yang difementasikan dengan lacto.

Bagi yang baru nak cuba fermentasi ni, mesti la nampak macam pelik, tapi bagi penggiat fermentasi yang dah berpengalaman, diorang tahu yang Kahm yeast ni sebahagian semulajadi dalam proses fermentasi. 

Biasanya, yis Kahm ni tak menyebabkan masalah besar dan tak bahaya pun untuk keselamatan atau kualiti hasil fermentasi. Tapi memang boleh tukar sikit rasa fermentasi tu, so ada yang pilih nak remove je.

Pastikan sanitasi/pembersihan betul-betul kemas, dan teknik fermentasi yang betul boleh tolong elakkan Kahm yeast ni. Kalau dah dikesan, senang je nak buang, dan hasil fermentasi tu masih boleh dimakan dengan selamat[1][2][3].

Rujukan:

asmrdhia

ASMR Dhia is a trailblazer in Malaysia's Gluten Free Sourdough scene. Active in key groups, she has shared 4000+ healthy food tips on Telegram, transforming gluten-free cooking and elevating Malaysia's culinary standards. facebook (GFSD) telegram

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama