Nak boost starter ada banyak cara.
Saya ternak starter day 1-14 TANPA BOOSTER.
Lepas starter dah matang baru saya test letak booster (saya start sewaktu usia starter 3bulan, tapi jika anda nak cuba awal dari tu pun boleh).
Makin lama usia starter, makin power stucture dia.
Saya ada bagi tips dalam group Gluten Free Sourdough - GFSD. Search saja guna keyword "tips gfsd"
Ini pengalaman saya:
- 👉Water bath biasa² saja kenaikan
- 👉Letak tempat gelap, bilik warm, starter naik cantik dan aktif
- 👉Campuran tepung buat aktiviti starter lagi pantas
- 👉Campuran buah aktiviti starter lagi mencanak²
Tips Mahal Premium ini anda boleh experimentasi sendiri nanti dan bezakan.
APPLE SOURDOUGH GF STARTER sangat menarik untuk diteroka.
Bahan booster yang kita bagi pada starter asli akan ubah strain mikrob dalam tu. Jadi pastikan guna buahan segar ya.
Fungsi dia akan bertukar sedikit. Hydration pun bertukar. Resepi juga perlu diubahsuai mengikut ratio & hydration yang sesuai
Starter Jati vs Starter Epal
Starter Epal hasil resepi jadi lebih gebu, cepat sikit boleh siapkan resepi sebab dia super aktif.