Apple Sourdough Starter day 1


Selepas 10jam dah nak melimpah. 

Terpaksa tukar bekas. Bubbles sangat banyak

Tekstur starter berongga ringan tapi belum mencapai target tekstur yang saya mahu lagi.



Saya sudah selesai experimen;

  1. STARTER JATI (starter pertama)
  2. STARTER SORGHUM (starter kedua)

Keduanya dibela/diternak tanpa booster.

Saya pernah experimen sorghum guna booster juga. Untuk terus buat resepi dalam masa yang singkat. Test pada resepi, sorghum kurang menepati kriteria resepi yang saya mahukan

Jadi saya simpan saja sorghum dahulu.

Saya teruskan guna starter jati pada resepi sebab hasilnya gebu berbanding sorghum. Starter ketiga saya bau macam perfume mall. Jadi saya stop experimen tersebut

Di gambar ini adalah starter ke-4 saya. Bau seperti ACV Apple Cider Vinegar

Nota: 

Dalam mencari ilmu lain, saya ternampak perbincangan international experts.

Cara ancient yang saya baca, hasil perkongsian dari international community, mereka tidak guna tepung tapi guna buahan dan air sebagai starter sd (sourdough). 

Dan ada yang agak pelik di awalnya, bila lihat orang zaman sekarang buat starter guna tepung dan air kerana selama ni mereka tidak guna tepung

Apapun ilmu ini masih terbatas di pengetahuan saya. Saya belum faham sepenuhnya ilmu starter guna buah dan air sahaja. Im on my way.

Ahli boleh saja beri pendapat dan berkongsi ilmu anda juga. 

Saya yakin ramai yang pakar dalam group Gluten Free Sourdough Recipe - GFSD 😉

Saya hanya salah seorang yang suka buat experimen, mengkaji dan berkongsi ilmu yang saya baca di merata tempat

Kajian, gambar full, full resepi nak buat starter ni saya hanya update secara keseluruhan dalam Masterclass GFSD.

Sebagai seorang blogger, sifat saya adalah sentiasa berkongsi ilmu. Cuma tidaklah kesemuanya, nanti ahli pening. 

Tapi cukup untuk beri hint kepada ahli supaya rajin mengkaji dan membaca.

asmrdhia

ASMR Dhia is a trailblazer in Malaysia's Gluten Free Sourdough scene. Active in key groups, she has shared 4000+ healthy food tips on Telegram, transforming gluten-free cooking and elevating Malaysia's culinary standards. facebook (GFSD) telegram

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama