Apple GFSD Starter day 2


Sepatutnya sagat epal.

Tapi..

Saya buat dia, saya suka experimen. Potong dadu kecil sajalah. malas nak sagat 😆

Kuantiti feed ikut instinct dan kelikatan yang saya mahu. Bila anda sudah biasa bermain dengan starter jati, anda tahu kelikatan bagaimana yang anda perlu.

Saya tidak strict sangat tentang kuantiti dan ratio feed. Saya ikut suka saya saja. Tapi perlu pantau waktu/timing starter.

Sebab starter epal dia bukan double triple rise. Tapi lebih dari tu 😍👏

Alhamdulillah so far so good.

Starter EPAL JATI sihat dan kuat. Kenapa masih jati lagi?

Bila experimen, saya taknak bazir kos tinggi sangat jika baru cuba teknik baru.

Kos maintenance tinggi tau kalau anda start benda mahal. Tapi bagi saya ada dua jenis starter lebih ok

  • 1 starter murah (JATI)
  • 1 starter mahal (PILIHAN ANDA)

Jadilah seorang yang bijak dalam membuat sesuatu yang baru

Lagipun jati powerfull. Bukan biasa2 pun sebenarnya. Yang buat saja tahu. Cuma ia kategori tepung refined carbs high GI la.

Tapi ingat ye, bila proses fermentasi berlaku, culture dalam tu kan makan carbs tepung tu. Belum lagi saya sentuh bab hack/tweak resepi

Sebab tu saya galakkan ahli group untuk banyakkan membaca.

Nak tentukan tepung itu ok atau tidak, bergantung pada kondisi badan masing².

Setiap orang keperluan gaya pemakanan berbeza. Tak boleh pukul rata sama semua ya.

Ada masa nanti saya akan bebel semula tentang h.ac.k resepi.

So sambung berkait starter apple GFSD ni.

Selepas 3 jam, pada hari kedua, Starter NAIK MENCANAK².

Saya biarkan dahulu untuk experimen.

Ahli group yang dah ada starter matang, anda boleh experimen starter Epal. Guna epal organik yang BUKAN dari CHINA ya.





Saya sarankan supaya ahli group sama-sama untuk banyakkan mengkaji di international community.

Mereka banyak kongsi tips. Kita kena rajin cari.

Ratio ikut citarasa anda. 

Dah tahu cara handle starter jati? Anda pasti tahu kelikatan bagaimana yang diperlukan. Ini cara Otai Starter. Mereka tak sukat ratio dah. Hanya curah² dan lihat kelikatan.

Jika tak biasa lagi, bolehla guna ratio yang anda mahu.

Sekejap lagi saya update nota FULL di Masterclass GFSD.

asmrdhia

ASMR Dhia is a trailblazer in Malaysia's Gluten Free Sourdough scene. Active in key groups, she has shared 4000+ healthy food tips on Telegram, transforming gluten-free cooking and elevating Malaysia's culinary standards. facebook (GFSD) telegram

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama