Untuk penurunan berat bukan sekadar tentang betulkan habit pemakanan semata². Kita perlu topup juga makanan tambahan lain seperti vitamin, minerals, healthy fats, nutrien. Journey saya turunkan berat sejak 2021, selain saya tukar bahan masak, saya amalkan pengambilan minyak sihat dan vitamin tertentu. Semua yang saya buat mempengaruhi kondisi kesihatan dan journey penurunan berat.
{getToc} $title={Topik yang dibincang}
Penerapan Prebiotik dan Probiotik dalam Diet Sehari-hari
Prebiotic dan probiotic ambil dari makanan cuma tak selalu. Sepatutnya kena hari². 😆 Saya perlu susun semula vitamin dan nutrien untuk diri dan keluarga. Vit C memang kewajipan, Vit D pun perlu ada (untuk makluman, psoriasis boleh selesai dengan vitamin ni).
Ini antara senarai vitamin dan makanan yang perlu saya konsisten buat:
- ✅Vit C
- ✅D3
- ✅K2
- ✅Minyak VCO, Minyak MCT, Mintak Sawit merah (fish oil dan evoo saya KIV sementara sebab saya nak lihat potensi produk kelapa dan sawit Malaysia pada badan)
- ✅Vit E
- ✅Prebiotic (GFSD product, garlic, buahan, lentils, berries, keledek manis, dll)
- ✅Probiotic (Tempe, budu, yogurt asli, cheese, dll)
- ✅B Complex
- ✅Cranberries dan banyak lagi makanan lain. Semua ni memang sebahagian saya dah amalkan sejak tahun 2019.
Pendidikan dalam Kelas Professional Cert Nutritional Medicine (PCNM) dan Hubungannya dengan Pemakanan Keluarga
Dalam CLASS PCNM saya nampak kaitan apa yang berlaku pada anak, suami, mak dan adik². Saya boleh kaitkan dengan pemakanan secara lebih details lagi dan inshaAllah saya susun semula semuanya. Tinggal pada mereka untuk ubah habit masing².
Perlu diingatkan setiap individu lain kondisi dan keperluan anda. Dapatkan konsultansi dengan doc yang betul jika mahu perbaiki masalah pada diri. Saranan saya, doc norman doc malinda sebab saya punya cara lebih kurang macam yang mereka ajarkan pada masyarakat. Stail kami, no strict diet, no stress. Stress beri kesan pada banyak benda juga.
Tags:
Tips dan Trick