Yang minat buat GFSD, beli tepung beras jati atau cap kampung 1kg & air mineral spritzer 1litre harini
Jom start belajar.
Bagi yang dah ready, barang dah ada, Alhamdulillah.
Sekarang;
Ambil 50gram tepung campur 50gram air mineral (timbang gunakan mesin penimbang), kacau dan tutup balang dengan cheesecloth. Biarkan 24jam dalam keadaan suhu bilik.
Pastikan bekas kering dan bersih. Kalau boleh sterilkan dulu guna air panas. Skrap tepi² botol supaya tak comot.
Guna bekas kaca, spatula silikon atau chopstik atau sudu kayu.
labelkan starter anda untuk track waktu bagi makan. |
Rujuk post hari pertama di group GFSD di Facebook.
Boleh rujuk GFSD hari kedua untuk langkah seterusnya.