Ada banyak cara saya akan bagitahu di RESEPI GLUTEN FREE PILIHAN SIHAT.
Untuk mereka yang sudah faham tentang gluten free, pasti sedar dan tahu bahawa, Kebanyakan tepung gluten free adalah tepung high GI (Glycemic Index) high carbs KECUALI tepung yang lulus syarat keto seperti tepung almond dan tepung kelapa (2 tepung ini masih ada nutrisi, fiber. Lihat tekstur saja sudah tahu beza)
Dalam nota ini, Saya merujuk kepada tepung gluten free yang sudah "highly processed" di pasaran.
Jika tepung Gluten Free itu jenis tidak diproses begitu, kemungkinan besar nutrisinya sangat² berbeza (topik ini saya perlu lebih kajian memandangkan saya bukanlah nutritionist yang berhadapan dengan nutrisi makanan)
Ok berbalik kepada asal.
Tepung Gluten Free High Gi High Carbs ini sebenarnya memudaratkan jika kalian makan tidak beringat.
Tetap boleh mendatangkan masalah jika tiba² lupa diri pergi ngap roti gebu gluten free sampai berketul²
Jadi apa cara nak UBAHSUAI?
- Pastikan bahan masak pilihan sihat (NO white sugar, NO susu A1, NO majerin). Semua bahan masak pilihan terbaik saya ada listkan di channel saya, https://t.me/asmrdhia/296
- Match & mix menu gluten free dengan serat, fiber, protein, lemak sihat. Contohnya roti tu makanlah dengan pure butter, ayam, sayur. Jangan makan togel begitu. Nanti tidak kenyang, makan bertambah². Kehadiran bahan ubahsuai tersebut akan buat kita sangat kenyang dalam waktu yang lama
- Add on starter Gluten Free Sourdough (NO WHEAT). Tambah nilai pada resepi roti, biskut, pizza, donat,kuih muih Gluten free kalian. GFSD mengandungi prebiotik bagus untuk usus, bantu penghadaman. Tapi nak makan makanan yang ada GFSD pun perlu in moderation. Ada live culture di dalamnya. Sama macam kita makan yogurt. Macam saya makan yogurt sekali sahaja sehari. Keesokan hari confirm akan lawaskan penghadaman dengan baik. Macamtu juga roti GFSD. Makan sekali sehari, kuantiti sedikit sudah mencukupi.
- Pilih menu yang tulis Low Carbs,High Fat,Keto Friendly. Kebiasaannya resepi keto menggunakan bahan low carbs, high fat Menu resepi pun sedap-sedap. Saya perasan kad resepi Seri Suri kebanyakannya adalah resepi gluten free jenis flourless, low carbs, high fat. Guna resepi ini. Makan tanpa rasa bersalah tapi perlu bersederhana juga.
Ubahsuai resepi guna mana² cara yang saya sudah listkan. InshaAllah membantu nanti
Biasanya bila kita dah ubahsuai RESEPI GF, kita tidak akan makan terlampau berlebihan sebab kita akan kenyang lama
GLUTEN FREE BUT MAKE SURE IT'S HEALTHY
Together we learn, unlearn, relearn
Jika kalian sudah faham tentang ubahsuai Resepi Gluten Free, tekan DONE 😉💋