Masyarakat terbiasa bila sebut sourdough saja, confirm ada gandum. Tapi ramai belum tahu sebenarnya produk sourdough ada versi Gluten Free. Dan TIADA SEBARANG GANDUM digunakan dalam GFSD ini
Bagaimana?
Lihat asas pembuatan starter sourdough itu menggunakan tepung jenis apa. Di group ini kita explore method sourdough guna tepung gluten free. Boleh lihat pinned featured group atau tekan saja tanda 🔍 (keyword sourdough)
Ada 3 cara basic iaitu dari sis suzie ali, akak ummu dan saya sendiri, asmrdhia. Cara Saya boleh rujuk di sini 👇
Method gluten free sourdough adalah salah satu teknik dari pelbagai teknik preferment/pra penapaian lain. Dan kita guna tepung gluten free sahaja
Method ni melibatkan proses penapaian semulajadi dengan yis liar & bakteria asid laktik. GFSD ni bagus untuk penghadaman sebab ada prebiotik di dalamnya. Ada banyak lagi manfaat GFSD. Kalian boleh buat research di pelbagai tempat
Saya ada tulis nota di tele dan di group ini. Tinggal pada kalian untuk rajin mencari ilmunya
Kalau saya tulis di sini semua, nanti dah macam boleh buat buku pula rasanya 😆 Kalau cek nota di tele mahu beratus muka surat baru muat semua catatan tersebut 😅
Secara ringkasnya, kita ubahsuai resepi gluten free dengan tambah nilai bahan GFSD untuk manfaat pada usus dan badan kita. Tidak terhad pada resepi roti saja. Kita boleh gunapakai pada resepi Gluten free yang lain juga.
Be creative, Makan berpada²
GLUTEN FREE BUT MAKE SURE IT'S HEALTHY
Together we learn, unlearn and relearn