Yang dah pass buat starter jati boleh proceed experimen tepung GF premium pilihan.
Ada lebih 40+ jenis tepung gf saya dah listkan di sini 👇
Lain starter lain hasil pada resepi.
- 🫙Starter jati bersifat crispy/berderai dan perlu adjustment pada bahan lain untuk dapatkan resepi yang perfect/sempurna
- 🫙Starter sorghum beri hasil lembut tapi sedikit padat
- 🫙Starter Kak Azalin pun power. Hasil inshaAllah gebu ( review dari ahli di group ini)
Hasil kajian penuh Starter premium lain saya akan letak di CLASS GFSD beserta extra tips & tricks
Jika mahu experimen semua jenis starters memakan kos yang sangat² tinggi (ratusan ke ribuan ringgit nak test resepi dan test starter)
Jadi, pilih satu sahaja starter premium yang anda suka.
Banyakkan membaca dengan blogger² International. Buat masa ni blogger di Malaysia yang aktif buat awareness tentang GFSD hanya saya dan saya tak mampu nak buat semua sendiri
Anda semua akan jadi salah seorang yang buat awareness juga melalui medium media social yang anda ada. Mudah-mudahan usaha ni dipermudahkan 😉
Gambar di bawah ni adalah salah satu starter premium saya. Tak guna booster. Nak boost starter perlu buat teknik campuran.
Banyakkan membaca di group ini dan di google juga. Pasti jumpa tips dan trick nya.
Perbincangan topik asal : Facebook Group Gluten Free Sourdough - GFSD