Cuba bekukan starter GFSD

International community ada yang freeze starter mereka (kat tempat sejuk beku). Jadi mereka tak perlu feed seminggu sekali atau dua. Sebulan sekali feed pun steady 😬

Ini khas untuk mereka yang tiada masa nak urus maintenance starter. Saya belum pernah buat experimen ni. Perlu pantauan beberapa bulan.

Jika anda mahu, dan ada kekangan masa boleh cuba experimen freezekan starter tapi pastikan simpan backup starter dalam bentuk starter kering ya.

Bila dah selesai experimen, hidupkan semula starter dengan letak di suhu bilik dan bagi dia makan
Kalau freeze starter tak ok pun, dehydrated starter kan masih ada lagi? 😉

Dalam link video di bawah ada cakap, kalau baru start belajar starter kena ada mesin timbang. WAJIB ADA.



Melainkan Kalau dah pakar, tak perlu mesin timbang sebab pakar starter tahu kelikatan yang diperlukan untuk buat starter (pancake consistency). Malah nak buat roti pun tak sukat² dah sebab yg dah expert tahu perlu dapat doh macamana rupa.

Kita ni, termasuk saya perlu timbang sebab jarang buat roti..hihi

asmrdhia

ASMR Dhia is a trailblazer in Malaysia's Gluten Free Sourdough scene. Active in key groups, she has shared 4000+ healthy food tips on Telegram, transforming gluten-free cooking and elevating Malaysia's culinary standards. facebook (GFSD) telegram

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama