Cuaca panas
Cuaca di Malaysia berbeza berbanding luar negara. Jadi keaktifan starter kita tak sama macam di luar sana.
Malaysian punya lagi cepat progressnya. Jadi nak tentukan supaya tak terlewat beri makan cara termudah adalah perhatikan bila starter dah menurun, itu menandakan starter dah lapar.
Sebab jika follow timing 12 & 24jam kadang tak sampai 24jam pun starter memang dah sangat² lapar.
Bila sangat² lapar, kita tak layan tak bagi dia makan, nanti dia mogok lapar lepastu kawan dia datang teman (MOLD/KULAT).
Penutup bekas starter
Penutup juga mainkan peranan pada tahap keaktifan starter. Lain penutup, lain reaksi starter. Saya dah buat experimen pelbagai penutup, dan pelbagai waktu. Topik ni saya pernah kongsikan dalam post sebelum ni bertajuk Penutup yang berbeza, eksperimen dan praktikal.
Rumusannya
Saya lebih suka guna plastik wrap tanpa tebuk lubang (tapi perlu pantau dan tak boleh terlalu ketat sebab nanti starter meletop sebab kelemasan. hahaha. Taklah, gurauuu...)
Disebabkan saya kekangan masa sibuk jaga baby, maka saya tak sempat untuk pantau starter yang cepat lapar.
Jadi, saya guna plastic wrap tanpa tebuk lubang supaya hold sekejap, beri saya lebih masa untuk saya uruskan baby manusia dulu baru saya uruskan baby starter 😆
Saranan saya guna penutup bekas jenis plastic cap macam kak azalin pun ok saja. Tak perlu tutup ketat asalkan serangga tak boleh masuk.
Penutup tisu, penutup plastik berlubang, penutup besi, aktiviti starter lebih cepat. Jadi kena pantau supaya tak lewat feed. Saya kurang suka penutup tisu & plastik yang dilubangkan.
Awalnya saya memang lubangkan penutup plastik. Tapi selepas pelbagai experimen, saya pilih cara yang sesuai dengan masa saya
Apapun semuanya ikut keselesaan kalian suka cara mana. Tiada yang salah, semuanya ok saja.
Nota Kak Ummu : nak bagitau ni, apple starter sourdoughglutenfree waktu hujan sejuk takda matahari pun menaik2 tak terkira. jadi dengan apple je lah lepas ni. Cookies crackers roti rasa lain lebih sedap. Rasa caramel dh tak payah nak add chocolate chip ini bagi sendiri lah kan, nak type resepi crackers cookies ni.