Saya sangat banyak makan (consume) ilmu setiap hari. Jika anda mendapat sesuatu, catat ya nota. Sebab ianya penting dan saya kongsi di banyak tempat berbeza.
{getToc} $title={Topik yang dibincang}
Tips untuk post kali ini.
Seperti yang saya selalu beritahu di group ini
WAKTU STARTER MATANG/READY BUKAN 14 HARI. {alertInfo}
Saya sengaja tunjuk cara 14 hari di sini sebab ianya khas untuk beginner yang baru nak kenal dunia sourdough.
Jika anda dah melepasi 14 hari (untuk beginner) maka anda akan tahu apa yang saya cuba sampaikan ni nanti.
Untuk mereka yang dah biasa dunia sourdough, mereka tahu handle starter dengan baik inshaAllah
BILA WAKTU STARTER MATANG?
- Starter matang bilamana anda dapat structure rupa yang sama & konsisten pada starter, setiap hari
- starter saya matang pada hari ke-5, hari ke-10, hari ke-7 (3 starter berbeza)
BILA DISCARD DALAM PETI BOLEH DIGUNA?
Apabila starter anda yang letak di luar untuk proses fermentasi dah tunjuk signal matang, maka discard dalam peti dah boleh diguna. Bukan semestinya tunggu hari ke-11.
Day 11, Day 14 yang saya tunjuk di dalam blog ini khas untuk anda ber experimen dengan starter anda
Catat nota2 saya ya. Sebab ianya semua berkaitan.
Saya tunjukkan 14 hari cara bakerita sebab saya nak ahli yang baru kenal dunia starter ni buat experimen.
Starter dah ready bila teksture dia konsisten sama dari hari ke hari.
Saya pernah buat starter ready dalam 5 hari dan 10 hari juga.
Dan apa yang anda perlu tahu, ada tepung bila buat starter kadang ambil masa melebihi 14 hari sebenarnya.
Kenapa jadi berbeza waktu matang?
- ✅Faktor cuaca/suhu (suam cepat naik)
- ✅Faktor suasana (gelap lagi aktif)
- ✅Bahan yang digunakan (jenis air, tepung, booster, dll)
- ✅Tempat penyimpanan starter
- ✅Bekas penutup starter
dan banyak faktor lain lagi.
Jadi kepada beginner, lepaskan tempoh 14 hari nanti anda akan nampak apa yang saya cuba beritahu pada anda.
Jika anda dah biasa dengan starter, dan buat experimen pelbagai pasti anda faham.
Tambahan.
Untuk yang dah otai/pakar sourdough memang tak payah nak tunugu 14 hari.
untuk yang zero knowledge memang wajib belajar sebab nanti senang nak handle problem yang datang takde lah nanti murung kecewa.