Setiap starter GFSD saling berkaitan

Dalam group Gluten Free Sourdough ASMRDHIA, day 2-3 discard boleh buat air baja(untuk safety)
Ada yang simpan terus, terpulang pada masing2 punya cara. Jika simpan, jangan guna discard selagi starter kat luar tak matang.

Discard dan starter kat luar connect each other. {alertSuccess}

Cara saya, day 2-3 memang saya buat discard jadi air baja, ada ahli mereka simpan tapi atas risiko masing2.

Day 4 ke atas start simpan discard.

Timeline 14 hari pantauan untuk beginner supaya kalian kenal dan faham rentak starter. Starter matang bergantung juga. Tanda starter matang saya ada bagitau dalam group ni. Beginner follow saja timeline 14 hari. Nanti kalian akan kenal perangai starter.

Sebelum starter matang pantau dalam 12&24jam..Tekstur starter berubah2. Sometimes ada lapisan air kat atas tak bermakna ianya hooch tapi starter sedang proses membiak. (Jika bawah 24 jam). Ini berdasarkan pemerhatian saya pada perangai belasan starter.

Boleh lihat video time lapse saya, starter ada lapisan air tapi dia sedang membiak, bukan tanda perlu feeding.

Selepas matang tak semestinya next feeding perlu tunggu 24 jam. Kadangkala starter dah matang ni, lepas feeding sangat cepat progressnya. Jadi kalau starter tu dah macam gebu kat atas, kena cepat bagi makan supaya mold tak naik.  Ini berdasarkan pengalaman saya menghadap pelbagai situasi starter

asmrdhia

ASMR Dhia is a trailblazer in Malaysia's Gluten Free Sourdough scene. Active in key groups, she has shared 4000+ healthy food tips on Telegram, transforming gluten-free cooking and elevating Malaysia's culinary standards. facebook (GFSD) telegram

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama